Prinsip Perakaunan SPM

Just another Edublogs.org weblog

Profesion Perakaunan

Mei 24, 2010 by sylviagilong · No Comments · Uncategorized

Beberapa badan berkaitan profesion perakaunan

Profesion perakaunan merupakan sebuah profesion yang mempunyai tahap kawal selia yang tinggi. Kelulusan untuk menjadi seorang akauntan profesional yang beitauliah dikawal ketat oleh badan yang relevan. Walaupun setiap negara lazimnya mempunyai badan tersendiri yang dipertanggungjawabkan untuk memasti kualiti pendidikan dan latihan seorang akauntan, kesemua badan ini perlu menjadi ahli kepada badan induk dunia iaitu Persekutuan Akauntan Antarabangsa (International Federation of Accountants (IFAC)) supaya kelayakan ahlinya boleh dianggap setara dengan tahap dunia. Antara lain, IFAC telah memberikan garis pancluan tentang kelayakan minimum serta tahap kemahiran (competence) yang perlu ada pada seseorang akauntan untuk layak menjadi seorang akauntan. Memandangkan bidang perakaunan adalah sebuah bidang yang dinamik dan tidakstatikyang berkait rapat dengan peredaran persekitaran perniagaan, seseorang akauntan hams sentiasa mengetahui perkembanagan semasa. Cara memastikan seseorang akauntan itu sentiasa mempunyai tahap pengetahuan semasa dan kepakaran yang relevan, IFAC juga telah menetapkan bahawa seseorang akauntan haruslah mengikuti program perkembangan professional (professional development programmes).
Amalan perakaunan pula perlu juga mengikut garis panduan dan piawaianyang ditetapkan. Badan dunia yang bertanggungjawab khas untuk mengeluarkan piawaian perakaunan ialah International Accounting Standards Board (IASB) di bawah naungan International Accounting Standards Committee (IASC).
Di Malaysia, terdapat beberapa badan yang mempunyai fungsi berkaitan profesion perakaunan. Badan ini ialah
►Institut Akauntan Malaysia [Malaysian Institute of Accountants atau singkatannya MIA).
MIA adalah sebuah badan kawal seliayang dikanunkan dalarn tahun 1969 di bawah seksyen 23 Akta Akauntan 1967. Penubuhannya bertujuan untuk mempengaruhi perkembangan dan pembangunan profesion perakaunan di negara ini. MIA bertindak sebagai pendaftar akauntan yang ingin mengamalkan profesion tersebut atau yang mengemukakan diri sebagai akauntan awam.juruaudit, perunding cukai, penasihat cukai, akauntan berdaftar atau akauntan berlesen. MIAjuga memberikan latihan dari masa ke semasa kepada ahli-ahli untuk menentukan mereka sentiasa mengetahui perkembangan perakaunan. Mulai tahun 2003, MIAjuga menguruskan peperiksaan kelayakan bagi calonyang mempunyai kelulusan dari badan/institusi pengajianyang tidaktermaktub dalam Akta Akauntan yang membolehkan mereka diterima menjadi ahli MIA.
Untuk mendapat maklumat lanjuttentang MIA, sila lawat laman web:

http://www.mia.org.my

► Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian institute of Certified Public Accountants atau singkatannya MICPA) atau dahulunya dikenali sebagai Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Association of Certified Public Accountants atau singkatannya MACPA)
MICPA adalah sebuah badan profesional perakaunan yang tunggal di Malaysia. Badan ini ditubuhkan dalam tahun 1965 mengikut Akta syarikat 1965. la bergerak aktif untuk memajukan profesion perakaunan dengan memberi latihan dan peperiksaan profesional di bidang ini. Untuk menjadi ahli, MICPA mengenakan syarat lulus peperiksaan tertentu yang dikendalikan dan syarat mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tertentu
Untuk mendapat maklumat lanjuttentang MICPA, ruiuk laman web seperti berikut:

http://www.micpa.com.my

►Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board atau singkatannya MASB)
MASB adalah sebuah badan berkanunyang ditubuhkan di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997. Tanggungjawab utama MASB adalah untuk menerbitkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan yang diluluskan dan diterima pakai di negara ini. Fungsi MASB termasuklah:
o menerbitkan/mengeluarkan piawaian perakaunan
o mengeluarkan kenyataan prinsip untuk pelaporan kewangan
o mengkaji semula atau menerima pakai piawaian perakaunan yang ada
o mengeluarkan pengumuman teknikal (technicalpronouncements)
Untukmendapat maklumat lanjuttentang MASB, rujuk laman web sepeiti berikut: http://www.masb.org.my

No Comments so far ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment