Prinsip Perakaunan SPM

Just another Edublogs.org weblog

Definisi Perakaunan

Mei 24, 2010 by sylviagilong · No Comments · Uncategorized

Definisi perakaunan
Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan perakaunan, beberapa definisi perakaunan mengikut kronologi (urutan tahun terdahulu) diberikan di bawah ini. Cara ini juga diharap akan dapat menonjolkan kepada anda sifat utama perakaunan iaitu sebagai bidang yang tidak statik di mana ianya boleh berubah mengikut perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan pada waktu-waktu tertentu.
Antara definisi awal yang diterbitkan ialah oleh Littleton dalam tahun (1953). Mengikut Littleton,
“The central purpose of accounting is to make possible the periodic matching of costs (efforts) and revenues (accomplishments)” atau tujuan utama perakaunan adalah untuk membolehkan pemadanan kos (usaha) dengan hasil (pencapaian) bagi sesuatu tempoh.
Pihak American Institute of Certified Accountants (AICPA) dalam tahun 1961 pula mendefinisikan perakaunan seperti berikut:
“Accounting is the art of recording, classifying and summarizing in a significant manner and in terms of money, transactions and events which are, in part at least of a financial character and interpreting the result t here of”

Definisi yang diberikan oleh AICPA memberi implikasi bahawa perakaunan mempunyai beberapa komponen atau aktiviti iaitu merekod, mengelas, meringkas dan menginterpretasi.
Seterusnya, American Accounting Association (AAA) dalam tahun 1975 telah membuat kenyataan yang berlainan mengenai tujuan perakaunan. Mengikut badan ini,
‘The purpose of accounting is to provide information which is potentially useful for making economic decisions and which, if provided will enhance social welfare.” (AAA, 1975)
atau jika diterjemahkan bermaksud:
“tujuan perakaunan adalah untuk menyediakan maklumatyang akan menjadi berguna untuk membuat keputusan ekonomik dan seterusnya jika disediakan akan meningkatkan kebajikan masyarakat.”
Pada akhir tahun lapan puluhan, international Accounting Standard Committee (IASC), badan yang bertanggung jawab untuk menerbitkan piawaian perakaunan di peringkat antarabangsa mendefinisikan maklumat perakaunan sebagai
“Information about the financial pen’ormance and changes of an enterprise that is useful to a wide range of potential users in making decision.” (IASC, 1989) atau
bermaksud maklumat mengenai prestasi kewangan dan perubahan sesebuah enterprais yang berguna kepada pelbagai jenis pengguna dalam membuat keputusan.
Pihak Accounting Standards Board (ASB), sebuah badan yang bertanggung jawab untuk menerbitkan piawaian perakaunan di United Kingdom pula mendefinisikan perakaunan seperti berikut: “Accounting is defined as the provision of information about the financial position, pen’ormance and financial adaptibility of an enterprise that is useful to a wide range of potential users in making economic decisions.” (ASB, 1991) atau
bermaksud maklumat mengenai prestasi kewangan dan perubahan sesebuah enterprais yang berguna kepada pelbagai jenis pengguna dalam membuat keputusan.
Pihak Accounting Standards Board (ASB), sebuah badan yang bertanggung jawab untuk menerbitkan piawaian perakaunan di United Kingdom pula mendefinisikan perakaunan seperti berikut: “Accounting is defined as the provision of information about the financial position, pen’ormance and financial adaptibility of an enterprise that is useful to a wide range of potential users in making economic decisions.” (ASB, 1991) atau
Perakaunan adalah untuk menyediakan maklumat mengenai kedudukan kewangan, prestasi dan kebolehsesuaian kewangan sesebuah perusahaan yang berguna kepada pelbagai bakal pengguna dalam membuat keputusan.
Sebelum anda membaca perenggan seterusnya, cuba fikirkan perbezaan antara definisi yang telah diberikar Kenal pasti perubahan kepada definisi terdahulu.
Yang paling ketara daripada beberapa definisi di atas ialah definisi yang diberikan selepas tahun tujuh puluhan lebih menekankan kepada peranan perakaunan sebagai alatyang menghubungkan maklumat perakaunan kepada pelbagai pengguna untuk membantu mereka membuat keputusan. Maklumat yang disampaikan adalah tentang kedudukan kewangan, prestasi danjuga alirantunai sesebuah perusahaan. Perakaunan tidak lagi dilihat hanya sebagai disiplin yang mengukur prestasi semata-mata bagi tujuan pelaporan kepada pengguna tertentu sahaja. Yang dititikberatkan ialah kebergunaan maklumat bagi membantu pelbagai pengguna termasuk bakal pengguna membuat keputusan.

No Comments so far ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment